20sen

20 sen

Ade ape dengan 20sen? Memang x heran la kalau naik 20sen jek. Yes! Memang aku x heran. And aku bersyukur sebab harga minyak Malaysia masih lagi rendah berbanding dengan negara luar.

pffffffffffftttttttttttttt
*mata ke atas atas tangan kat bahu

hmmmmmmmmmmm


Mengeluh panjang jap.


Memang nampak tak banyak pon 20sen tuh. TAPI 20SEN SELITER. Bukan setangki. Setangki ko penoh takkan la satu liter.  Pegi keje sehari pon x ckop seliter tuh. Ni pulak nak kene keje 6 hari seminggu. Perjalanan dalam 15km. Pegi balik dah berjalan 30km. Baru sehari. Dah berape liter plak tuh abes.


Orang yg nak komen mempertikaikan kete jenis ape gune sampai 50 inggit seminggu nak kene isi tuh sila la selidik dulu anda duduk kat mane? Keje kat mane? Jangan dibandingkan dengan orang yang duduk kat selangor. Keje kat KL. JANGAN. or yang tinggal dan keje kat kawasan bandar. Hari hari nak menempuh jem. Hari hari nak menempuh highway. Drive sampai 30km  nak ke tempat keje pon ade.

Minyak macam air. Duet pon macam air.


Isu pengurangan subsidi minyak ni orang orang kota kebanyakkan nyer yang naik minyak. naik hangin. Tersepit lagi dengan taraf hidup tinggi. Gaji yang entah bile nak naik sama dengan taraf hidup.

Aku dok pung pang pung pang pon bukan harga minyak boleh turun pun kan?

Nnt ade la penasihat penasihat sekalian nasihatkan aku. Naikla public transport. Car pool la tu pon nak kecoh. Naik besikal la. Jalan kaki la. Bersyukur la nasib baik kerajaan tak tarik terus subsidi.

Ye. Aku memang bersyukur kerajaan masih bagi subsidi. Tapi aku x bersyukur bodoh bodoh terus percaya tanpa tahu agenda sebenar. Terus menerus bersyukur entah sampai bile. Sampai kene pijak pon masih bersyukur kerajaan x buang aku. Bersyukur Malaysia masih aman.




Comments: 3

Wanie Masduki said...

haha..suka entri ni..hakikatnya, masih ramai yg tak sedar hidup kita sebenarnya dah mcam merempat kat negara sendiri..sedih

hanis ihsan said...

haha...ini namenyer meluahkan perasaan kat blog. kikiki.

Tom said...

like this!! :D