moon


Dah bape ari dah bulan x datang datang. Xtaw la bape ari ke bape minggu. Aku bukannyer jenis yang tick kat calendar bile tarikh bulan tuh datang. Pastuh cek dah ckop belom tarikh yang sepatutnyer bulan tuh datang balik. hahahha. Ayat bengong!


haihhh...mood aku dah terganggu sejak bape ari nih. Memikirkan pasal bulann tuh la. Bile nak datang nih. Risau sampai dok pikir bende bukan bukan. huhu. Sampaikan ari nie aku datang ofis terus search pasal faktor faktor o penyebab sebab musabab kenape bulan lambat datang.



bulan nie cantek. kalo aku xdek posing2 dah. lari terus tunggang terbalik. haha. takot bulan besar kat sebelah!!


Sampaila aku terjumpe satu artikel nih. Dari halaqah.net 

12 Sebab Mengapa Haid Lewat (12 tuh. giler banyak. huhu)


1. Tekanan: Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

er r~~yang nie maybe. n yakin. Aku rase sebab tekanan kot punce dye. Tekanan keje yang xdek la banyak. Tapi sakit kepale ari ari wat coding. huhu. 24JAM mengadap laptop!! 

2. Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.


mungkin jugak!! Masalah kesihatan yang x ckop. Berape ari dah makan x betol. Masalah kewangan punyer pasal. huhu. Emmm~~ maybe kene tambah faktor masalah kewangan. hahaha

3. Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.


erk! aku xdek amek ape ape ubat lagi setakat nih

4. Berlebihan hormon prolaktin: 
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.


aaaaaaaa?????

5. Menyusu badan: 
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.




anak xde lagi =.='

6. Masalah tiroid: 
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.


emmm....ini menakotkan aku. Sebab ayah aku ade tiroid. Possible x anak dye pon akan menghidap tiroid jugakk?? huhu

7. Gemuk: 
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.


ehemmmm!!! X gemok lagi okeh. berisi jekkk. haha

8. Terlalu kurus
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.


Tak jugakk

9. Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.


hmmm~~~maybe~~~. Sebab aku x pernah kire the exact day

10. Menopous: 
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.


I'm still awal 20-an

11. Pencegah hamil: 
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!


hoh! tidakk mungkinnn~~haha

12. Hamil
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.


ini lagi la impossibleyy. Kawen pon x lagi. =.='

Ape masalah sebenar pon xtaw. huhu. Dah berhajat nak pegi jumpe doktor dah nie.
mood: tunggang langgang.


p/s: I NEED A HOLIDAY. REALLY NEED IT!

Comments: 3

hanis ihsan said...

nampak sangat copy paste nyer. malas nk taip. hahaha

Tom said...

pjg nye p0st ni..hahaha^^ xm0 tensen2..jum dating..kat caref0ure p0n jadi aa..hahaha^^

ZWAN SABRI said...

HAHA.. Menopos kowt.. HAHA.. Btw, jangan hamil sudahla.. Errkkkkkk.. HAHA